Kerjaya
Pasaraya Midas / S’MART menawarkan peluang pekerjaan pada hampir semua tahap, termasuk rangkaian shif daripada sepenuh masa (6 hari seminggu) ke separuh masa (fleksibel mengikut kesesuaian masa anda)

Sila layari laman web ini untuk mencari peluang pekerjaan yang sesuai untuk anda.
 
Bahagian Akaun | Bahagian Pentadbiran | Bahagian Pembelian | Bahagian Juruwang | Bahagian Penerima Barangan | Bahagian Teknologi Maklumat (IT) | Bahagian Pemasaran | Bahagian Operasi | Bahagian Pengawalan | Bahagian Artis | Kedai Makanan & Minuman
 
Bahagian Akaun
AKAUNTAN / PEMBANTU AKAUNTAN
Tugasan:
Mengawal segala urusan dan operasi harian Bahagian Akaun.
Menguruskan dan menyediakan Laporan Pengurusan dan Operasi.
Menguruskan aliran tunai dan cukai.
Berurusan dengan Setiausaha Syarikat, Juruaudit, Ajen Cukai dan Pihak Bank.
 
Kelayakan:
ACCA/CIMA atau Ijazah Perakaunan dan yang setaraf.
Minimum 2-3 tahun menguruskan keseluruhan akaun terutamanya dalam industri runcit / pasaraya.
Berpengalaman dalam mengawal belanjawan, laporan Pengurusan, fungsi bendahari termasuk aliran tunai dan percukaian.
Mempunyai pengetahuan meluas berkaitan cukai Malaysia, urusan Audit dan Perakaunan.
Boleh membantu dan mampu menguruskan kumpulan kecil dalam Bahagian Akaun untuk memenuhi tarikh akhir dan kehendak laporan.
Analitikal, berdikari dan teliti.
Berpengetahuan perisian perakaunan ERP/MG Great Plain merupakan satu kelebihan.
Calon yang mempunyai latar belakang Audit digalakan untuk memohon.
Gaji akan setaraf dengan kelayakan dan pengalaman kerja.

back to top

 
EKSEKUTIF AKAUN
Tugasan:
Melaporkan kepada Akauntan / Ketua Bahagian.
Membantu Pengurus menyediakan operasi harian dan urusan pentadbiran Assisting Manager in overseeing daily operational & administration matters.
Menyediakan laporan operasi & aliran tunai harian.Prepare operational reports & daily cashflow.
Menguruskan set penuh akaun dan berurusan dengan Setiausaha syarikat ,juruaudit dan agen cukai
 
Kelayakan:
Minima LCCI atau Diploma dalam bidang akaun
Minima 3 tahun pengalaman bekerja dan sekurang-kurangnya 1 tahun dalam jawatan yang sama
Personaliti yang baik, sikap yang positif dan bertanggungjawab
Dapat bekerja di bawah tekanan dan masa yang panjang
Mahir menggunakan computer (UBS system &MS Office)
Mahir menulis dan bertutur dalam bahasa : Cina, Bahasa Inggeris

back to top

 
Bahagian Pentadbiran
PEMBANTU PERIBADI KEPADA PENGARAH EKSEKUTIF / PENGARAH URUSAN
Kelayakan:
Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Diploma atau sekurang-kurangnya Sijil Profesional, Diploma atau Ijazah dalam sebarang bidang
Baik dalam pertuturan & menulis dalam Bahasa Inggeris . Keutamaan Bahasa: Cina dan Bahasa Melayu
Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja di dalam bidang yang berkaitan adalah diperlukan di dalam jawatan ini
Dapat menjalankan segala fungsi pentadbiran di dalam pejabat, membantu Pengarah dalam operasi perniagaan harian
Tugasan lain yang disahkan oleh Pengurus dari semasa ke semasa
Motivasi diri, berpengetahuan tinggi dan cekap untuk mendahulukan yang utama
Cekap dalam menggunakan aplikasi Microsoft Office
Memberikan keyakinan sepenuhnya sebagai pembantu peribadi
Berkemahiran komunikasi, pentadbiran, perancangan dan mengorganisasi yang baik
Menyampai, menyelaras dan mengikuti semua arahan daripada Pengarah Eksekutif/Pengarah Urusan untuk pekerja pengurusan yang terlibat

back to top

 
SETIAUSAHA
Tugasan:
Menjalankan kerja setiausaha / tugasan pentadbiran dan menguruskan segala urusan sulit
Membuat persiapan dan menghimpunkan maklumat sulit, mengambil minit mesyuarat dan agendanya
Menguruskan jadual, menyelaraskan aktiviti dan temujanji yang utama
Menguruskan dan menjaga sistem fail dan rekod yang sistematik
Melakukan urusan khusus, fungsi tambahan dan tugasan berkaitan yang diperlukan
 
Kelayakan:
Keutamaan 2 tahun pengalaman dalam tugas setiausaha atau eksekutif / pembantu peribadi atau yang setaraf
Berkemahiran tinggi dalam Bahasa Inggeris , menulis dan bertutur
Boleh berdikari dan teliti ketika menjalankan tugas
Boleh melakukan banyak tugasan, motivasi diri, boleh menyiapkan tugasan sebelum tarikh akhir dan bekerja di bawah tekanan dan mempunyai kemahiran pergaulan yang baik dan intergriti yang tinggi dalam menjalankan tugasan
Boleh berurusan dengan semua pekerja

back to top

 
EKSEKUTIF PENTADBIRAN & SUMBER MANUSIA
Tugasan:
Menguruskan semua fungsi Sumber Manusia termasuklah pengambilan pekerja, pengurusan bakat, penahanan, pampasan & faedah, kaunseling serta kebajikan pekerja
Mengambil & mengemaskini status pekerja asing & memperbaharui permit apabila diperlukan
Meninjau & menyediakan latihan yang diperlukan untuk semua pekerja
Bertanggungjawab kepada tugasan pentadbiran Sumber Manusia yang berkaitan. Contohnya menyediakan surat, mengemaskini fail peribadi, pengurusan cuti, dan sebagainya
Menjadi perantaraan antara pekerja dan pengurusan untuk membincangkan mengenai pelbagai polisi, prosedur, undang-undang, standard Sumber Manusia dan peraturan kerajaan
Pentadbiran awam berkaitan urusan pejabat
 
Kelayakan:
Diploma, Ijazah, Ijazah Profesional dalam Pengajian Perniagaan / Pentadbiran / Pengurusan, Pengurusan Sumber Manusia dan yang setaraf
Bahasa yang diperlukan : Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris
Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja yang berkaitan dengan jawatan ini
Senior Eksekutif terutama dalam Sumber Manusia atau yang berkaitan

back to top

 
Bahagian Pembelian
PEMBELI / PEMBANTU PEMBELI
Tugasan:
Bertanggungjawab untuk Kawalan Inventori dan Pembelian Inventori
Berurusan dengan Pembekal dari segi pesanan stok, perundingan harga, promosi berkaitan, pulangan barang dan sebagainya
Untuk mencapai sasaran dan pendapatan seperti yang ditetapkan oleh syarikat
Menyediakan laporan pembelian kepada pihak Pengurusan
Membuat tinjauan pemasaran untuk ketidaktetapan harga agar aktiviti tawar-menawar dan perancangan menjadi lebih baik
 
Kelayakan:
Minima Diploma / Ijazah dalam Pengajian Perniagaan
Sekurang-kurangnya 1-2 tahun pengalaman bekerja sebagai pembeli dalam peruncitan Bagaimanapun graduan baru juga boleh memohon
Mempunyai kenderaan sendiri, boleh kerja berdikari, dan berupaya untuk bekerja di dalam situasi tekanan
Boleh bekerja lebih masa
Mahir menggunakan komputer, dan biasa dalam MS Word dan Excel
Bahasa diperlukan, boleh bertutur dan menulis : Inggeris, Cina dan Bahasa Melayu

back to top

 
Bahagian Juruwang
JURUWANG
Tugasan:
Teliti dengan penerimaan bayaran yang tepat, samada tunai atau kad kredit
Membuat tugasan harian bergantung pada jadual dan prosedur yang diberi
Memastikan keselamatan, kebersihan dan kesihatan tempat bekerja seperti standard yang ditetapkan
Memahami tentang produk dan perkhidmatan yang diberikan dan keberkesanannya untuk melayan pelanggan
Memberikan perkidmatan pelanggan yang terbaik
 
Kelayakan:
Minima PMR/SPM
Umur 18 tahun dan keatas
1 - 2 tahun pengalaman bekerja dalam jawatan sama dianggap sebagai kelebihan
Kemahiran mengira yang baik, integriti yang tinggi dan boleh bekerja berdikari
Kelakuan yang baik, inisiatif, berdikari, jujur dan personaliti yang baik
Sanggup bekerja shif/cuti umum / hujung minggu
Peramah dan kemahiran komunikasi yang baik

back to top

 
Bahagian Teknologi Maklumat (IT)
PENTADBIR TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT)
Tanggungajawab:
JAWATAN (A): PERKAKASAN (SOKONGAN SISTEM)
Bertanggungjawab untuk pentadbiran dan baiki semua perkhidmatan, rangkaian dan aplikasi termasuk perkakasan dan sistem operasi
Bertanggungjawab kepada semua perkakasan POS kaunter, memastikan semua mesin imbas dan perkakas untuk juruwang adalah dalam keadaan baik
Bertanggungjawab untuk perlaksanaan kepada penjagaan (termasuk kebersihan dan pemeliharaan) dan polisi serta prosedur pentadbiran
Menyediakan sokongan dan bantuan kepada pengguna. Memantau aktiviti Operasi IT termasuk pentadbiran harian emel dalaman, keselamatan sokongan dan urusan asset IT
Berurusan dengan pembekal yang membekal sokongan sistem dalaman IT. Boleh membantu bahagian lain apabila diperlukan (jika ada), seperti menjadi juruwang apabila bahagian tersebut kekurangan pekerja (biasanya musim perayaan)
Menyediakan laporan kepada pihak Pengurusan seperti yang diperlukan dan menguruskan dokumen operasi harian yang memerlukan data dikemaskini dalam sistem IT Midas dan memastikan data yang dimasukkan adalah tepat
Mencari sumber Perkakas IT yang boleh digunakan dan diperlukan oleh pengguna, mendapatkan kebenaran daripada Penyelia / Pengurusan. Melaksanakan cara syarikat seperti yang dirancang dalam perancangan perniagaan
Menjaga semua maklumat sulit dan persendirian. Membantu dan melaporkan kepada Ketua Bahagian untuk menguruskan sumber dalaman, agihan tugas, susulan tempoh akhir dan laporan tugasan yang diberi
 
JAWATAN (B): PERISIAN (LAPORAN)
Menjaga sistem operasi harian syarikat, termasuk POS, CRM dan lain-lain
Menyediakan analisis laporan yang disediakan dan menguruskan dokumen operasi harian yang memerlukan kemaskini data masuk ke dalam sistem IT Midas dan memastikan ketepatan data tersebut
Berpengetahuan dan berpengalaman menggunakan MS SQL. Memastikan ruang stor, arkib, prosedur sokongan berfungsi dengan baik
Berhubung dengan pembekal IT dan mengambil tahu berkaitan keseluruhan insfrastruktur sistem IT. Simpan semua maklumat sulit dan persendirian. Mengikut polisi yang ditetapkan, prosedur sistem IT dan mengemaskini dokumentasi komputer
Mahir dengan Crystal Report, Borland Delphi melaporkan atau OLAP merupakan satu kelebihan. Menguruskan data, mengawal persembahan dan meningkatkan sistem dalaman sekarang
 
Kelayakan:
Ijazah/Diploma dalam Pengajian Komputer, Sains Komputer, Teknologi Maklumat dan yang setaraf
Graduan baru digalakkan memohon. Walaubagaimanapun, calon yang mempunyai 2 tahun pengalaman bekerja dalam industri peruncitan adalah diutamakan
Kemahiran analitikal, komunikasi dan hubungan yang baik
Boleh bekerjasama dengan rakan sekerja dalam kumpulan yang sama
Calon mestilah berdisiplin, mengorganisasi dan boleh menyelesaikan masalah sistem dengan segera
Berkemahiran menggunakan komputer; mahir dengan Word, Excel dan aplikasi MS Office
Boleh bekerja jangka masa panjang dan di bawah tekanan
Boleh bekerja shif
Mahir bahasa: Inggeris, Cina & Melayu
Boleh bekerja berdikari tanpa pengawasan yang kerap

back to top

 
Bahagian Pemasaran
EKSEKUTIF PEMASARAN
Tugasan:
Berhubung dengan pelanggan, rakan sekerja, pembekal dan persatuan
Berkomunikasi dengan sasaran pengunjung dan menjaga hubungan dengan pelanggan
Mencari peluang pengiklanan dan menjaga hubungan dengan pelanggan
Menguruskan pengeluaran alat pemasaran, termasuk risalah, poster, lampiran, dan DVD
Menguruskan dan mengorganisasi majlis Syarikat, mencari penaja
Berhubung dengan pereka dan pencetak / menguruskan sesi bergambar
Menilai kempen pemasaran dengan menyediakan laporan berkaitan
Menyokong Pengurus Pemasaran dan rakan sekerja yang lain
 
Kelayakan:
Minima Diploma Pemasaran atau yang setaraf
Sekurang-kurangnya 2-3 tahun pengalaman dalam bidang yang sama
Mahir menggunakan komputer
Mahir bertutur dan menulis: Bahasa Inggeris, Cina dan Bahasa Melayu
Kemahiran berkomunikasi dan berhubung yang baik
Mempunyai kenderaan sendiri merupakan satu kelebihan
Boleh bekerja dalam jangka masa yang panjang dan di bawah tekanan
Boleh bekerja berdikari tanpa pengawasan yang banyak dan juga kerja berkumpulan

back to top

 
Bahagian Operasi
PENGURUS OPERASI / PENTADBIRAN
Tugasan:
Membantu Pengurusan dalam perancangan, pengawalan dan perangkaan kos untuk perniagaan sekarang dan masa hadapan
Menyediakan laporan untuk Pengurusan
Mengawal pentadbiran dalaman pada semua bahagian
Memastikan aliran kerja mengikut objektif Syarikat dan mengurangkan penggunaan kos
Bekerjasama dan berkomunikasi dengan orang pada semua tahap
Meningkatkan rekod dalam sistem Syarikat
Menguruskan tugasan pentadbiran lain yang diarahkan oleh pihak Pengurusan
 
Kelayakan:
Diploma Pengurusan/ Pentadbiran Perniagaan atau yang lebih tinggi
Keutamaan 2-3 tahun pengalaman dalam pengurusan peruncitan dan pentadbiran
Boleh bekerja berdikari, berorentasi hasil, motivasi tinggi dan mempunyai sikap bekerja yang positif
Cekap dalam perancangan peruncitan dan boleh menyerahkan tugasan dan aliran kerja untuk meningkatkan produktiviti
Mempunyai kemahiran analitikal dan menyelesaikan masalah

back to top

 
PENYELIA OPERASI
Tugasan:
Melaksanakan dan mengawal operasi harian dan memastikan objektif yang ditetapkan untuk penyusunan stok / pameran, kebersihan, keselamatan dan ketepatan waktu tercapai atau melebihi
Secara rutin berkomunikasi dengan pekerja operasi untuk memastikan keberkesanan prosuder kerja, polisi keselamatan dan syarat & peraturan dipatuhi
Mengawal dan laporan penuh dan kertas kerja yang berkaitan, contohnya senarai semak tugasan, senarai semak jadual kerja
Pengurusan Inventori stor
 
Kelayakan:
Peringkat Menengah/STPM/"A" Level/Pre-U atau yang setaraf
Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja
Mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi dan kemahiran hubungan komunikasi
Berorentasi hasil dan boleh bekerja di bawah tekanan

back to top

 
PEMBANTU OPERASI
Tugasan:
Memahami produk dan perkhidmatan yang disediakan dan disampaikan kepada pelanggan dengan tepat
Menyediakan khidmat pelanggan yang baik
Memastikan produk yang dipamerkan mengikut perancangan dan disiapkan pada masa yang ditetapkan
Memastikan stok dilengkapkan mengikut masa yang ditetapkan, stok yang disusun mestilah kemas dan rapi, menguruskan inventori stok, menguruskan stok yang rosak dan kesilapan dalam inventori
Memastikan keselamatan, kebersihan dan kesihatan tempat perniagaan
Melaksanakan rutin harian berdasarkan prosedur dan sasaran yang diberikan
 
Kelayakan:
Minima PMR/SPM
Berumur 18 tahun ke atas
Rajin dan boleh bekerja berdikari dalam pasukan
Mahir dalam bahasa tempatan
Boleh bekerja dalam shif/cuti umum/hujung minggu
Diperlukan Sepenuh-Masa, Separuh-Masa dan Kontrak
 

back to top

 
PROMOTER
Tugasan:
Bertanggungjawab pada jualan dan promosi produk
Membantu kumpulan jualan yang berkaitan jualan dan pemasaran
Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa
Tugasan lain yang kemungkinan diarahkan oleh penyelia
 
Kelayakan:
Minima SPM
Graduan baru digalakkan memohon
Boleh bekerja enam hari seminggu mengikut waktu pasaraya, termasuk hujung minggu dan cuti umum
Mesti boleh bekerja jangka masa yang panjang dan shif, termasuklah semasa tempoh puncak bagi pasaraya
Boleh bekerja dalam situasi mencabar dan situasi yang membangun dengan pantas
Penampilan yang menyerlah dan boleh berinteraksi dengan semua orang dan berkomunikasi dengan baik

back to top

 
PELATIH PENGURUSAN
Kelayakan:
SPM/STPM atau Ijazah / Diploma dalam Pengurusan Operasi Peruncitan, Pengurusan Perkhidmatan Makanan,Pentadbiran Perniagaan /Pengurusan atau yang setaraf
Keutamaan 1 - 2 tahun pengalaman dalam operasi pasaraya / pasar besar dan industri peruncitan lain. Walaubagaimanapun, graduan baru / baru menamatkan persekolahan digalakkan memohon
Boleh bekerja masa yang panjang dan bekerja di bawah tekanan
Personaliti yang menarik, bermotivasi tinggi dan dinamik
Mempunyai semangat ingin berjaya dengan inisiatif untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam situasi yang mencabar dan memberi penghargaan
Mahir menggunakan komputer
Mahir bertutur dan menulis: Bahasa Inggeris, Cina dan Bahasa Melayu

back to top

 
Bahagian Pengawalan
KETUA PENGAWAL KESELAMATAN
Tugasan:
Menguruskan jadual pengiraan stok
Membuat laporan audit dalaman dan cadangan
Memastikan menyiapkan semua tugasan audit dalam tempoh masa yang ditetapkan
Menyediakan dokumentasi yang mencukupi dengan prosedur dan cadangan untuk penambahbaikkan
Memastikan prosuder keselamatan digunakan sepanjang masa
Mengawal aktiviti operasi melalui CCTV dan kawalan akses
Membangunkan, menggunakan dan menguruskan polisi keselamatan untuk memenuhi kod dan peraturan
 
Kelayakan:
Diploma Pengurusan atau yang setaraf
Analitikal dan mempunyai kemahiran yang cekap menyediakan laporan dalam Excel
Boleh bekerja berdikari dan tempoh masa yang panjang
Keutamaan yang khusus dalam Pengawal Keselamatan / Anggota Bersenjata
Berpengalaman dalam peruncitan dan pemborong merupakan satu kelebihan

back to top

 
PENGAWAL KESELAMATAN
Tugasan:
Mengawal dan membenarkan kemasukan pekerja, pelawat, pembekal dan orang lain dan memastikan keselamatan premis daripada pencuri
Memantau dan memeriksa pergerakan barangan di kawasan Penerimaan Barangan dan Gudang
 
Kelayakan:
Minima Sekolah Rendah, PMR/SPM, "O" Levels atau Diploma dalam segala bidang
Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan dengan jawatan ini
Keutamaan yang khusus dalam Pengawal Keselamatan / Anggota Bersenjata
Mahir dalam Bahasa Malaysia

back to top

 
Bahagian Artis
PEREKA GRAFIK
Tugasan:
Menyediakan alat promosi sebelum promosi diadakan
Bertanggungjawab pada hiasan dalaman untuk majlis tertentu
Menguruskan sesi bergambar produk apabila diperlukan
Memastikan semua papan tanda berada dalam keadaan baik
Menyusun lagu yang akan dimainkan di Kaunter Informasi
Menjadi pengacara majlis apabila diperlukan dan diarahkan oleh Ketua Bahagian
Menyediakan kad harga bagi setiap perubahan harga
Mereka bentuk baner, banting, poster, papan tanda, risalah, latar belakang untuk kegunaan dalaman dan luaran
 
Kelayakan:
Calon mesti mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Pereka Grafik dan yang setaraf
Mesti mahir menggunakan perisian Flash Design, CorelDraw & Illustrator.
Boleh merekabentuk, menjaga dan mengemaskini laman sesawang merupakan satu kelebihan
Keutamaan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan. Walaubagaimanapun graduan baru digalakkan memohon
Boleh bekerja tempoh masa yang panjang tanpa pengawasan yang kerap
Mahir dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

back to top

 
Kedai Makanan & Minuman
EKSEKUTIF / PENGURUS MAKANAN & MINUMAN – KEDAI MAKANAN
Tugasan:
Bertanggungjawab memastikan kualiti produk dan perkhidmatan yang tinggi diberikan kepada pelanggan dan memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar
Memastikan semua pekerja menjaga tahap yang diperlukan sewaktu operasi dengan kos yang ditetapkan
Mengawal penggunaan semua bahan makanan dan minuman, peralatan yang digunakan dan perkhidmatan yang diberikan
Membuat penyelidikan dan pembangunan dalam produk Makanan dan Minuman untuk meningkatkan kualiti menu yang disediakan
 
Kelayakan:
Mempunyai Diploma/Ijazah dengan minima 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
Mempunyai kemahiran hubungan yang baik, banyak idea dan boleh berinteraksi dengan orang di semua tahap
Berfikiran positif, mampu menjalankan pelbagai tugas, bertanggungjawab dan komitmen dalam jadual kerja yang padat
Mempunyai kemampuan untuk memilih, melatih, mendisiplin, mengarah dan mengawal pekerja bawahan
Boleh bekerja pada hujung minggu dan cuti umum
Mahir bertutur dan menulis: Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Cina
Mahir menggunakan komputer - keutamaan MS Word, Excel, Powerpoint. Mahir dengan perisian F&B merupakan satu kelebihan

back to top

 
 

 

 

 

OUR LOCATION

 

Exclusive Brands available only in Midas Mart
       

 

Copyright © 2012 MIDAS MART