Home :: Masthead :: Malay 01 Home :: Masthead :: Malay 010 Home :: Masthead :: Malay 012 Home :: Masthead :: Malay 013 Home :: Masthead :: Malay 014 Home :: Masthead Malay 04

 

PASARAYA MIDAS
PASARAYA MIDAS merupakan pasaraya ‘Bayar & Bawa’ merangkap Gedung Barangan Runcit satu tingkat berkeluasan 80,000 kaki persegi dalam PASAR PEMBEKAL (dikenali sebagai S’MART), Pandan Johor Bahru.

Sebagai penyewa utama S’MART, Midas menawarkan pelbagai rangkaian jenis barangan runcit, barangan sejuk beku, barangan penjagaan diri, barangan plastik dan kelengkapan rumah. Midas terkenal dengan barangan kering yang segar dan berkualiti seperti ikan bilis dan pelbagai jenis ikan masin yang terkenal di kalangan pelanggan dan ianya dibekalkan terus dari pembekal di kawasan Langkawi & Penang.
 
     
 
 
PASARAYA MIDAS menawarkan barangan keperluan untuk pembeli pukal (seperti peniaga tradisional Malaysia: katerer, warung, restoran, pembekal, kilang, kantin dan sebagainya) dan pembeli isirumah. Konsep ‘Bayar & Bawa’ menjadi seperti ‘stor’ kepada peniaga tersebut apabila mereka memerlukan untuk membeli barangan keperluan. Pada masa yang sama, individu isirumah yang tinggal di kawasan perumahan berhampiran akan mendapat barangan keperluan mereka yang lengkap pada harga yang sangat berpatutan.
 
Faedah-faedah berbelanja di Midas:
Komitmen Midas – Harga Rendah Setiap Hari
Midas menawarkan ‘Penjimatan Pembelian Pukal’ membolehkan pembeli menikmati penjimatan hebat apabila membeli secara pukal.
Fleksibel dalam pembelian; pembeli boleh membeli samada secara karton atau unit. Penjimatan lebih besar dengan pembelian secara karton.
Midas menawarkan Perkhidmatan Penghantaran untuk ahli yang sibuk dengan hanya membuat tempahan melalui panggilan telefon sahaja.
 
PASARAYA MIDAS telah membuka cawangan kedua di @Mart, Kempas pada April 2011
 
PASARAYA MIDAS mengalu-alukan sebarang usahasama dan/atau peluang meningkatkan perniagaan. Untuk pertanyaan lanjut, sila berikan butiran berkaitan ke enquiries@midas.com.my

 

 
 
 
 
 
 

 

 

OUR LOCATION

 

Exclusive Brands available only in Midas Mart
       

 

Copyright © 2012 MIDAS MART