Press enter to begin your search

Mengenai Kami

Lebih Pilihan,
Lebih Jimat,
Lebih Mudah

Dikenali ramai di Bandar Johor Bahru sebagai Pasaraya Besar yang menawarkan kepelbagaian barangan keperluan harian pada harga terendah setiap hari, Pasaraya Midas berkembang secara berperingkat sejak awal penubuhannya pada tahun 2002 di “Suppliers’ Mart” (S’MART) dimana keluasan pasaraya berkembang dari 20,000 kaki persegi kepada 75,000 kaki persegi dan seterusnya dengan pembukaan cawangan baru di Kempas pada keluasan pasaraya 33,000 kaki persegi.

Sebagai pusat sehentian barangan keperluan harian yang dibuka dari 10pagi sehingga 11malam, Pasaraya Midas menjual pelbagai produk kelengkapan rumah, perkakas kedap plastik, produk penjagaan diri, produk makanan sejuk beku, barangan runcit serta Ikan Bilis dan Ikan Masin yang terkenal dengan kualiti kesegarannya khas dibawa dari negeri Kedah dan Sabah.

Di Pasaraya Midas, kami menyediakan barangan borong berkualiti kepada pengguna dan juga pembeli borong dengan memenuhi citarasa serta kehendak dan keperluan pelanggan. Terma pembelian barangan secara tunai disertai dengan pengurusan yang sempurna memberikan Pasaraya Midas kebolehan secara menyeluruh sebagai ‘Pusat Stok Penyimpanan’ kepada pengendali perniagaan disamping lokasinya yang berhampiran dengan penduduk setempat merupakan pilihan pertama pelanggan untuk penghantar segala barang-barang keperluan harian mereka.

Keahlian

Sebagai pasaraya yang berdedikasi untuk menjadikan pengalaman membeli-belah anda lebih ganjaran, sertailah ahli Midas Mart untuk menikmati pelbagai promosi yang eksklusif dan diskaun untuk penjimatan lebih hebat pada harga saingan dalam pelbagai rangkaian produk-produk keperluan harian serta barangan borong.

Bersempena dengan pelancaran Aplikasi Telefon ‘MM Clicks’, pelanggan kami sekarang boleh melayari & membeli-belah secara atas talian dengan rangkaian produk lebih daripada 20,000 jenis, menyemak senarai pembelian yang lepas dan juga menerima maklumat mengenai promosi mingguan terkini secara mudah bila-bila masa dan juga di mana jua anda berada.

Pusat Perniagaan

Kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Midas Mart telah menubuhkan Pusat Perniagaan kondusif yang berlokasi di S’MART dengan memenuhi dan memberikan kemudahan kepada pelanggan bersesuaian dengan kehendak ideal pelanggan. Pelanggan kami peroleh pembelian yang anjal dalam menentukan pelbagai pilihan produk, seperti makanan laut, daging ayam, daging lembu dan juga keperluan harian lain pada satu masa. Midas Mart memastikan pelanggan-pelanggannya fokus kepada pembangunan perniagaan mereka sendiri secara terkawal dan tersusun dengan bantuan rakan niaga diantara Pasaraya segar S’MART yang akan memenuhi kehendak pelanggan dan seterusnya menjadikannya sebagai Pembekal utama barangan segar, khususnya pelanggan bersegmen HORECA, iaitu Hotel, Restoran dan Pengusaha Katering dalam industri Penyediaan Makanan. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Perniagaan kami di enquiries@midas.com.my atau talian telefon 07-352 3397.

Nikmati kelebihan menjadi sebahagian daripada ahli Mm
Ketahui lebih lanjut cara permohonan Kad Keahlian Mm
Semak di sini untuk maklumat lanjut
Nikmati kelebihan menjadi sebahagian daripada ahli Mm
Ketahui lebih lanjut cara permohonan Kad Keahlian Mm
Semak di sini untuk maklumat lanjut